3 Cara meletakkan facebook content locker (Versi Blogger+Wordpress)

Sila Tekan LIKE untuk membuka maklumat ini

0 Cara tingkatkan trafik di blog





Berikut adalah antara cara untuk meningkat traffik di blog anda:

Blogwalking
Blogwalking merupakan cara yang paling berkesan. Korang
berpeluang meninggalkan link korang samada di bahagian entri ataupun shoutbox. Trafik biasanya datang dari jejak yang ditinggalkan di bahagian entri. Jadi setiap kali BW, jangan lupa untuk komen dan
tinggalkan jejak @ backlink.


Ping entri di Facebook
Ada bermacam macam group blogger di Facebook yang membolehkan korang untuk berkongsi link entri. Biasanya group yang paling aktif la yang akan memberi lebih trafik. Antara group yang biasanya aktif adalah,


Sahabat Blogger
Geng Blogger
Blogging Itu Seni
Diari Sahabat Blogger
Kami Si Blogger
Blogger Members
Blogger Muslim 

Ping entri di website traffic sharing

Dalam banyak banyak trafik sharing punya website, ada dua yang paling berkesan. Apesal.com dan jugak Busuk.org. Kedua dua website ini akan memberi trafik kepada korang walaupun ketika korang tak update blog. Selama aku berhibernasi hari tu, dua website tu la yang banyak menyumbang trafik kepada blog ni.

Tulis post yang menarik 

Post yang menarik dapat menyumbang trafik yang lebih banyak. 
Buat post yang anda rasa dapat menarik perhatian orang lain. Tumpukan pada sasaran yang spesifik. Kalau setakat nak update pasal kura kura mati tepi jalan, Hmppphhh.


Join segala segmen dan bloglist 
Bila korang join segmen ataupun bloglist, link blog korang akan
di promote dan trafik akan naik. Terutamanya link korang berada pada bahagian bloglist blogger lain. Macam aku cakap, post yang menarik pun memainkan peranan. 


Anjurkan contest
Contest juga merupakan satu medium yang dapat mempromosikan blog korang. Kalau boleh, wajibkan pada mereka yang join untuk tag rakan blogger yang lain. Hadiah juga mesti lah hebat hebat belaka. Supaya orang lain pun tertarik nak join. Hehe.


Credit to Taufiq Tiramisu
"BERANEKACARA.BLOGPOT.COM"

0 Cara menggunakan CCleaner

Cara menggunakan CCleaner
Tugas CCleaner adalah sama seperti pembersih bangunan. Ia sentiasa sedia berkhidmat untuk memastikan PC/Laptop dalam keadaan yang bersih dan tidak bercelaru. Namun sekiranya Hard Disk sudah mengalami masalah dan juga ada bad sektor, jangan salahkan CCleaner sekiranya PC/Laptop anda masih lagi merangkak .

Berikut adalah cara-cara menggunakan CCleaner.

1. Download dan install CCleaner disini (Jika anda sudah mempunyai CCleaner sila abaikan)
2. Sila tandakan semua bahagian yang tidak bertanda seperti gambar di bawah ini. Iaitu di bahagian Windows & Applications.



3. Di bahagian Options > Settings anda bolehlah pilih apa-apa pilihan yang ada disitu. Tetapi saya tidak klik apa-apa di bahagian Settings ini kecuali untuk:

Secure Deletion >>>> Saya memilih “Normal File Deletion
Wipe Free Space Driver >>>>
Saya klik semua driver yang ada.

4. Klik semula di logo bergambarkan penyapu tersebut, kemudian klik Run CCleaner. Selepas itu, sila klik di bahagian Registry kemudian pastikan semua kotak bertanda. Klik Scan For Issue dan akhir sekali klik Fix Selected Issue. Lakukan proses ini beberapa kali. Kebiasaannya saya akan buat 2-3 kali agar ia benar-benar kosong.





Credit to Ayie

"BERANEKACARA.BLOGPOT.COM"


0 Cara melajukan pc atau laptop anda

Cara melajukan pc

1. Mula-mula taip kat RUN msconfig (untuk vista & windows7 taip je kt search program kt start menu 2)
2. Selepas itu satu windows akan dipaparkan seperti ini:

Cara melajukan pc

2. Ubah timeout di seblah kanan dari default (30) jd 3 je spt yg korang lihat di atas.
3. Klik advance option dan satu windows dipaparkan seperti ini :

Cara melajukan pc

4. Klik checkbox utk number Of Processor n plih brape core processor korang. contohnya aku pki core i7 ni, sumenye ade 8core jd aku plih 8 spt dlm screenshot.(Uncheck PCI Lock)
5.Klik checkbox Maximum memory. dia kan paparkan brape full memory korang dapat guna time korang mla2 on pc/lptop korang utk boot windows.
6.Klik bahagian startup, uncheck application yg memberatkan windows untuk load. contoh real player, skype, YM dsb. (Jangan uncheck antivirus dan windows operating system)

Cara melajukan pc

7. dah abis klik apply dan ok.
8.Restart pc/laptop korang utk kesannye..

Semoga Bermanfaat

"BERANEKACARA.BLOGPOT.COM"

0 Cara menggunakan search di google dengan betul




Banyak orang yang masih tak tahu cara search kat google dengan betul, kadang-kadang sampai x tercari benda yang dicari..bukan takat orang malaysia jer orang kat negara lain pun tak tahu cara nak search kat google...

Di sini saya ada cara untuk memudahkan carian anda di google..

1.Mula-mula pergi kat laman www.google.com
2.Kenal pasti keyword yang anda nak cari contohnya

 Malaysia Negara Maju

3.Masukkan tanda (") kat kedua belah hujung keyword anda

"Malaysia Negara Maju"

4.Guna link sebelah kiri yang menunjukkan Web, Image, Maps dsb. mengikut bahan yang anda nak cari.
5.Gunakan "More Search Tools" yang ada pada sebelah kiri untuk mengkelaskan keyword anda pada masa yang telah disediakan oleh google.

Moga Bermanfaat..



"BERANEKACARA.BLOGSPOT.COM"
 

Beraneka Cara 2012